Curi Masuk

hit counter javascript

14 November 2013

UPSR: Pencapaian Melaka kedua terbaik seluruh negara


MELAKA 14 Nov. – Prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka adalah yang kedua terbaik di seluruh negara apabila seramai 1,443 daripada 13,917 calon mendapat keputusan cemerlang 5A.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peratus calon yang mendapat semua A meningkat dari 9.7 peratus tahun lalu kepada 10.4 peratus pada tahun ini walaupun jumlahnya menurun berbanding 1,466 daripada keseluruhan 15,165 calon yang mendudukinya pada 2012.
Menurutnya, keputusan cemerlang UPSR pada tahun ini juga merupakan yang terbaik bagi Melaka dalam tempoh sembilan tahun kebelakangan ini.
”Kecemerlangan pencapaian itu seterusnya melonjakkan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 2.17 pada tahun lalu kepada 2.13 tahun ini. Malah, pencapaian itu jauh lebih baik dari Gred Purata Nasional iaitu 2.27,” katanya. – UTUSAN ONLINE

No comments:

U KLIK ME, I KLIK U