Curi Masuk

hit counter javascript

14 November 2013

Koleksi Maniatur Porsche


Nak beli buat koleksi. Hanya ada di Esso, Mobil dan Petron

RM 19.90 + 20 mata ganjaran
RM 9.90 + 1000 mata ganjaran
2000 mata ganjaran

Jika anda seorang peminat Porsche, sekarang adalah masa terbaik untuk mengunjungi mana-mana stesen minyak Petron. Esso atau Mobil di seluruh negara. Sebabnya, Petron Malaysia Malaysia baru sahaja melancarkan kempen “Passion For Porsche” yang menawarkan kereta maniatur Porsche edisi terhad sehingga 31 Disember, 2013. 

Koleksi “Passion For Porsche” terdiri daripada model klasik serta model semasa Porsche iaitu Cayenne, 911 Carrera S, GT3, Cayman S dan Panamera. Kereta mainan berskala 1:32 ini diperbuat daripada logam berkualiti tinggi dengan fungsi yang tidak ada pada model-model lain.
Jangan tak percaya, model Porsche tersebut dilengkapi cip bunyi, lampu depan dan belakang LED, bunyi enjin, hon dan penggera kereta. Apabila pintu depannya dibuka, penggera akan dihidupkan. Sementara lampu depan dan belakang juga akan menyala. Memang cool!
Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Petron menjemput semua ahli kad Smiles menyertai peraduan #macamreal. Mereka hanya perlu merakam saat istimewa mereka bersama kereta mainan Passion for Porsche dan memuat naik foto tersebut ke laman web: www.macamreal.com.
Selepas dimuat naik, foto itu hendaklah dikongsi bersama kawan-kawan mereka di Facebook dan Twitter dengan menggunakan hashtag #macamreal. Lima foto yang memperoleh paling banyak Likes di Facebook akan mendapat mata Smiles dan peluang menaiki kereta Porsche. Peraduan#macamreal berlangsung dari 1November hingga 30 November 2013.


No comments:

U KLIK ME, I KLIK U