Curi Masuk

hit counter javascript

25 June 2014

1st TIme Swimming

1st time anak mama swimming. 6 bulan . Good Boy Syed Azad. 
Jom tengok video azad.




Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:


  • kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self-esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

Baby Neck Float bagus tuk baby macam azad ni yang baru 5 bulan. Manfaat ajar baby macam azad ni :-
  1. Perkembangan motorik yang lebih baik, kerana kesemua anggota badannya digerakkan seperti tangan kaki dan kepala.
  2. Meningkatkan kemampuan kognitif. Ini kerana, bayi akan biasa mengikut arahan dan instruction melalui pembelajaran berenang. (Kognitif adalah belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah)
  3. Semasa meningkat usia, kanak-kanak akan mudah bergaul dan bersosial, kerana mereka biasa berjumpa dengan kanak-kanak lain semasa di Kolam Renang.
  4. Bayi yang biasa mendengar arahan melalui percakapan, mampu meningkatkan kemampuan bercakap lebih tinggi.
  5. Waktu makan dan pola tidur bayi akan lebih teratur.
  6. Mengasah sikap berani dan percaya diri sendiri.
  7. Keselamatan bayi jika berhadapan situasi bahaya.. apabila dewasa, mampu menyelamatkan nyawa.
  8. Memupuk kasih sayang bayi dengan ibu bapa dan rasa selamat apabila bersama ibu bapa.
DAN 
LANGKAH PERLU DIAMBIL UNTUK MENGAJAR BAYI BERENANG 
  1. Menggunakan pelampung NECK RING yang sesuai dengan leher bayi, tekanan angin perlu sesuai dengan bayi.
  2. Bayi di dampingi  oleh ibu bapa pada setiap masa.
  3. Jangan biarkan kepala bayi terbenam ke dalam air. (BAYI YANG DI BAWAH USIA 1 TAHUN, kecuali dengan jurulatih renang)
  4. Waktu maksimum bayi di dalam air adalah 20 minit sahaja.
  5. Selepas berenang bayi perlu segera mandi dan bersih untuk mengelakkan kuman dan air klorin dari kolam.
  6. Pakaian yang sesuai..
  7. Jangan paksa bayi di dalam air sekiranya bayi menangis atau takut.
  8. Air kolam tidak terlalu sejuk dan matahari tidak terlalu terik. (JIKA TANGAN BAYI MENGECUT, segera keluar dan panaskan bayi)
  9. Berenang 1 minggu 1 kali sudah mencukupi untuk bayi.






Tak sempat nak belikan baju swimming awak Azad. Nanti mama belikan.

bila lagi nak bawa anak mama ni swimming ?
dah nak pose dah ni. Jom ajak lid.

2 comments:

safurara said...

good boy.tak takut pon air! hehehe

Cik Puan Diksu said...

safura, azad memang tak takut air, dari baby azad mandi air sejuk...sampai sekarang. Diam je.

U KLIK ME, I KLIK U