Curi Masuk

hit counter javascript

14 November 2014

Apply Kad IKEA




Apakah IKEA FAMILY?

IKEA FAMILY lebih daripada sekadar kad berwarna jingga. Ia merupakan kelab untuk mereka yang berkongsi matlamat bersama IKEA untuk menjadikan kehidupan harian lebih baik untuk orang ramai.
Ia merupakan Kelab Pencinta Kediaman. Ia kelab peminat IKEA. Ia seperti wang di dalam dompet anda. Ia pas masuk anda ke acara khas. Ia menyambut anda dengan secawan minuman panas di Restoran IKEA. Tetapi yang paling penting, inilah cara kami mengucapkan 'terima kasih'.
IKEA FAMILY terbuka kepada semua orang, dan penyertaan adalah percuma. Jadi mula manfaatkan semua keistimewaan ahli dan mendaftarlah di gedung IKEA. Ingin tahu lebih terperinci tentang faedah keahlian? Lihatlah di bawah!



Apakah faedahnya?

Harga jalinan kekeluargaan ini:
  • Keahlian seumur hidup
  • Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
  • Perolehi Mata Bonus dan dapatkan baucar gedung
  • Dapatkan 3x Mata Bonus pada bulan hari lahir anda (urus niaga pertama sahaja)
  • Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
  • Nikmati 2 kopi/teh percuma dengan setiap kunjungan)
  • Jimat sehingga 30% ke atas hidangan & acara FAMILY di Restoran
  • Nikmati tawaran bulanan ke atas produk Kedai Khas Makanan Sweden
  • Jemputan ke acara ahli
  • Dapatkan inspirasi dan maklumat terkini dengan 3 surat berita setahun
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Cara menyertai

Sertai secara percuma! Anda boleh menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan kami menerusi kios FAMILY di gedung kami.
Setelah pendaftaran dilakukan, anda serta-merta boleh menikmati harga lebih rendah ke atas produk terpilih di gedung IKEA, termasuklah 2x hidangan berdiskaun dan kopi/teh percuma.
Hanya belanjakan RM200 dalam setahun dan anda akan ditukarkan menjadi ahli tetap seumur hidup serta dapat menikmati faedah penuh IKEA FAMILY.


Register kat kiosk IKEA terus dapat temporary Card dulu.

Bila pembelian dah ada baru kad IKEA akan diposkan di rumah.


2 kali pembelian dapat point. Baru Buat Kad Family Ikea. Kalau dari dulu buat mesti dah banyak dapat pointkan.
Boleh shopping lagi kat ikea dapat lagi banyak point.




No comments:

U KLIK ME, I KLIK U