NOW, saya telah masuk Trimester Ketiga. Orang kate Peringkat Terakhir Kehamilan. Time ni, saya sudah mula rasa panas, berpeluh-peluh, tido tak lena. Asyik terjaga. Perut ni mula aktif. Bergerak-gerak. Insyallah dengan supplement yang saya makan, kehamilan saya ok je. Tak banyak masalah. Alhamdullah. Syukur sangat.
Untuk elak sakit badan ketika Kehamilan, perlu tahu tips ni.Lagi -lagi anak pertama ni masih takde experience.
Posisi tido ketika hamil, macam ni la saya tido sekarang.
Pakai Stokin, sapu ubat, selimut. & yang penting ada 1 bantal di hujung kaki. Tujuan tuk letak kaki diatas bantal. Elak kekejangan & Sembab pada kaki. Telah amalkan diawal kehamilan.
Kene tahu ni....TIPS Hamil Trimester Ketiga
Jangan terlalu banyak makan makanan berkadar garam tinggi kerana dapat menyebabkan kejang-kejang di kaki akibat penumpukan garam yang menyumbat aliran darah di kawasan kaki.
* Jika tidur, sebaiknya ambilah posisi mengiring, terutama mengiring ke sebelah kiri. Hal ini membantu dalam melancarkan peredaran darah ibu hamil
* Lakukan senaman seperti berjoging atau berenang untuk menghindari krem-krem.
* Hindari ibu hamil mengalami perubahan suhu tubuh yang terlalu drastis. Pada masa ini pembuluh darah ibu hamil berada pada titik kepekaan yang berlebihan sehingga menjadi sensitif. Kondisi ini dapat membuat ibu hamil menjadi cepat lelah.
* Jika terasa ingin selalu buang air kecil, jangan pernah menahannya, kerana hal ini dapat menyebabkan infeksi pada saluran pundi kencing.
* Ibu hamil lebih baik melakukan aromaterapi atau relaksasi agar jiwa dan perasaan ibu hamil tenang menghadapi persalinan
* Perbanyaklah istirahat untuk menyimpan energi menjelang persalinan.
* Lakukanlah urutan-urutan ringan dan lembut di seputar kaki. Urut menggunakan ibu jari setiap malam.
No comments:
Post a Comment