Curi Masuk

hit counter javascript

18 July 2013

MINGGU KE 14


Beginilah janin di dalam perut 

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.

Bayi anda mungkin akan bergerak apabila anda mengusap perut anda tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya..



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


No comments:

U KLIK ME, I KLIK U