Suprise menjadi tuk hubby. Sebenarnya, sy dah test upt 1 minggu yang lepas tanpa pengetahuan Incik Hubby. Hasilnya POSITIF. Alhamdulillah. Tak nak bagi tahu incik hubby dulu. Kononnye nak suprise. Siap sy dah buat buku merah.
Pikir -pikir , cam mane nak bagitahu ni... 2 minggu tak jumpa sebab sibuk PRU. Jadi minggu yang lepas Incik hubby balik. Inilah plan sy bagi suprise. Sebelum balik, malam tu incik hubby kata terigin nak makan Puding Laici. (Dalam hati ni , mengidam ...Sambil ketawa.)
TAPI sebelum sy buat suprise, incik hubby pulak yg bgi suprise dulu dari sy. :(
( Incik hubby Balik rumah tahu-tahu dah dalam rumah) Time tu tengah masak. Terperanjat dibuatnye. Langsung tak dengar.
Siap masak, masuk bilik bersama incik hubby bagi hadiah.Hadiah untuk besday. Nak tahu pe hadiah saya bagi?
3 hadiah- Hp S3, spec hitam, dan yang paling en hubby suka Buku Merah. Mengalir air mata incik hubby tanda kegembiraan dan syukur. Saya Pregnant.
Sekarang bila dah tahu ni, incik hubby bagi pesanan , amanat supaya jaga kandungan...Jangan buat kerja berat-berat, banyakkan minum air, susu, ubat jangan lupa makan. Insyallah...
No comments:
Post a Comment