Curi Masuk

hit counter javascript

24 September 2012

Pertama Kali Aku Buat Pasport

Salam Semua,

Kali ini lambat saya post kan. sepatutnya hari jumaat yang lepas, tapi blog saya tak boleh nak taip. Blog pun dah berwajah baru. Jadi terhegeh-hegehlah saya nak cari new post. hehehe...Sebab tak biasa, cam ni la. tercari-cari...Klu yang lamanya sekejap je. Cari juga item untuk tukar kepada blog yang lama tak boleh dah. terpaksa guna yang baru. 


Jumaat yang lepas saya telah buat pasport. Sebab apa saya buat pasport mesti tertanye-tanye kan????MANE korang rasa aku akan pergi. 
Aku akan ke :-

PALEMBANG,INDONESIA

atas urusan kerja (Konvensyen dunia Melayu Dunia Islam ke 13)

Tapi aku nak cite sal macam mane nak buat pasport. Nak share aje.
Aku pun First time buat pasport. Bukan Susah pun.

Ape perlu buat? Tanye member yang pernah buat Pasport dan cari maklumat di internet. Saya terus search di internet. Tengok-tengok ada borang nak buat pasport. BORANG PASPORT ini boleh download terus di Internet. Terus isi form.  Nak tahu juga RM berapa? Detail cara buat pasport ni semua ada. 2 tahun RM 100.00. Saya buat untuk 2 tahun.

Selepas baca semua, keperluan yang perlu di bawa untuk buat pasport hanya borang, 2 gambar saiz pasport, dan i/c. Awal jam 9.00  pagi saya dan Zai pergi Jabatan Imigresen untuk buat pasport. Baguslah step untuk buat pasport. Kaunter pun banyak. Datang je, amik no, tapi sebelum amik no, pegawai imigresen akan tanye dulu sama ada borang dah ada belum. Macam saya borang dah ada. Senang lah pegawai tu, check semua ada. Terus dia tekan no untuk giliran. Saya masuk, duduk di tempat yang disediakan. Kaunter pendaftaran, bayaran, dan kaunter banyak sangat dan servis yang cepat. Pasport siap hanya 1 jam. Saya tunggu dan siap pasport saya.

First Time ni buat Pasport tau. Lepas ni bolehlah ke mane saje ye. Sape yang nak ajak saya bercuti di luar negara bolehlah. 



Inilah Pasport saya. Gambar pun baru buat. 

p/s : En Tunang lepas ini ajak saya bercuti.

No comments:

U KLIK ME, I KLIK U