Kerajaan Perkenal Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan didalamPembentangan Bajet 2012 tahun lalu, satu skim akan diwujudkan untuk memberi manfaat kepada 100,000isi rumah yang berpendapatan rendah bawah antara RM500 hingga RM3000 iaitu Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia atau SARA 1Malaysia.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia merupakan gabungan produk pelaburan unit amanah dan produk pinjaman yang mana Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia ini mampu memberikan aliran tunai atau insentif bulanan yang konsisten kepada satu-satu isi rumah.
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini pada 12 Januari 2012 yang lalu mengatakan skim ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan golongan-golongan atau isi rumah yang berpendapatan rendah antara RM500 hingga RM3000 ini menabung dan melabur sekaligus membantu golongan ini mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.
Melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia ini, satu-satu isi rumah boleh membuat pelaburan samada melalui pinjaman bank atau simpanan sendiri berjumlah RM5000. Sekiranya melalui pinjaman bank, peminjam boleh membuat pinjaman RM5000 untuk tempoh 5 tahun dengan pembayaran balik hanya sebanyak RM84 daripada RM134, RM50 merupakan keuntungan daripada pelaburan. Manakala yang membuat pelaburan melalui simpanan sendiri, keuntungan bersih RM134 akan diperolehi. Untuk tempoh 5 tahun, pelabur akan memperoleh keuntungan sehingga RM5000 bagi yang membuat pinjaman danRM13000 yang menggunakan simpanan sendiri.

Syarat Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Cara Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia
Untuk membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dimana-mana salah satu cawangan bank yang terlibat dengan perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula 30 Januari 2012. Borang permohonan yang telah siap diisi perlu diserahkan kembai kepada pihak bank untuk semakan.
Bank yang terlibat dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia adalah Maybank, CIMB, RHB dan BSN
Sila bawa bersama dokumen asal serta salinan yang telah disahkan iaitu
1. MyKad Pemohon beserta 2 salinan
2. MyKad pasangan (Jika berkenaan) beserta 1 salinan
3. Bukti pendapatan
* 1 salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini
* 1 salinan penyata bank 3 bulan terkini
Tempoh permohonan adalah selama setahun bermula dari tarikh pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, atau sehingga kesemua peruntukan pembiayaan habis dilanggan yang mana lebih awal.
Maklumat lanjut Skim Amanah Rakyat 1Malaysia layari http://www.sara1malaysia.com.my
Maklumat lanjut Skim Amanah Rakyat 1Malaysia layari http://www.sara1malaysia.com.my
No comments:
Post a Comment