Curi Masuk

hit counter javascript

11 January 2012

Sinopsis Filem Azura


ACE MOTION PICTURES SDN BHD mempersembahkan sebuah filemAziz M.Osman diadaptasi dari filem box office AZURA terbitan Sabah Film Productions (1984).
Peminat filem tempatan pastinya masih mengingati filem Azura yang diterbitkan oleh Sabah Film Productions pada tahun 1984 yang mencipta fenomena tersendiri apabila membariskan pelakon handalan waktu itu.
Filem tersebut dilakonkan oleh Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud, Maria Arshad, A.Galak, Allahyarham M.Rajoli dan ramai lagi yang sehingga kini dikenali sebagai antara bintang dalam industri seni tempatan.
Bukan hanya filem tersebut yang masih diingati, tetapi juga lagu-lagu ciptaan Datuk M. Nasir untuk filem itu yang sehingga kini masih segar dimainkan, antaranya Sandarkan Pada Kenangan.
Bagi mereka yang ingin membangkitkan semula nostalgia lama dan juga mereka yang tidak pernah menonton filem tersebut, kini filem Azura bakal kembali menemui peminat industri perfileman negara dengan nafas yang lebih segar.
AZURA
Sinopsis AZURA

Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa di kelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.

Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan rosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran.

Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat kerja yang selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol. Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawar bekerja diluar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan meninggalkan Azura.

Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.
Filem Azura ini mendapat sentuhan pengarah, Aziz M. Osman yang telah lama menyepi dalam menghasilkan karya untuk dibawa ke layar lebar kerana lebih aktif menghasilkan drama komedi seperti Puteri dan Dunia Anita.

“Setelah hampir lima tahun tidak menerbitkan filem, saya rasa sudah masanya untuk saya kembali aktif setelah berehat lama sejak filem terakhir saya, Senario Pemburu Emas Yamashita iaitu pada tahun 2006. Saya aktif semula mengarah filem juga atas galakan daripada sahabat yang sudah lama ingin melihat karya saya kembali ke layar perak.”

Ketika ditanya mengapa memilih untuk mengangkat kembali filem Azura, Aziz berkata, ketika filem Azura dihasilkan pada tahun 1984, beliau baru sahaja memulakan tugas sebagai penolong penerbit di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Saya baru sahaja bertugas di RTM ketika filem tersebut ditayangkan kepada umum. Ia adalah antara naskhah filem yang dekat di hati saya dan sehingga kini, saya masih meminati filem tersebut. Filem ini juga berjaya mengangkat nama pelakonnya yang sehingga kini masih mempunyai peminatnya yang tersendiri oleh kerana lakonan yang mantap, skrip yang baik dan jalan cerita yang menarik. Saya juga suka kepada jalan cerita yang mengangkat wanita sebagai seorang ikon yang kental dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup,” katanya lanjut.

Filem Azura arahan Aziz itu membariskan gandingan pelakon baru dan lama antaranya, Neelofa sebagai Azura, Shah Jaszle (Zek), Afdlin Shauki (Tan Sri Putih), Erma Fatimah (Yusni) dan Afida Es sebagai Nek Wan.

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan.
Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana.

Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala Azura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Filem ini sekali lagi mendapat khidmat M. Nasir bagi menyuntik sedikit kelainan untuk lagu Azura dan juga Sandarkan Pada Kenangan. Filem ini turut dijayakan dengan penampilan khas oleh, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein, Jaafar Onn, Aman Shah dan pereka fesyen, Calvin Thoo. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 2 Februari 2012.
AZURA

AZURA

AZURA

AZURA

Azura Movie Still
Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Azura Movie Still

Kengkawan 2 Februari 2012, tempah tiket tengok wayang cite Azura ni..Cam Best.....Jom....

No comments:

U KLIK ME, I KLIK U