Curi Masuk

hit counter javascript

05 January 2016

DIY : Tinted Tingkap

CERITA MINGGU LEPAS.

Cuti banyak lagi. Amik cuti boleh cuti lama balik Kampung di KL. KL kira kampung ke? Hehehe. Rumah mak mertua di Petaling Jaya. Kalau balik sana tiap hari gak la berjalan sakan. 

Balik tengok tingkap rumah mak mertua dah cantik. MAKE UP TINGKAP guna tinted. Bapak mertua memang suka Deco-deco. Ada je nak buat kt rumah tu. Memang cantik la kan. Aku memang nk tinted tingkap dapur rumahku sebab kalau malam nampak jiran sebelah. Sementara aku beli tirai kt Daiso je.. Cari juga dekat parkson, tapi tk  berkenan coraknya.

Suami aku ckp kat bapak mertua aku memang tengha cari tinted ni. Terus bapak mertua ajak gi IOI Mall. Tengok patern cita rasa aku. Nak cari dah dapat. Terus rembat. Nak 2 1/2 meter je. Kate  sale tu 1/2 meter tak jual. Terpaksalah beli 3 meter. 1 meter RM53.00. kali kan 3 meter.


Ini corak yang saya suka

Selepas di ukur dan dipotong

Dah buka pulak tirai daiso. Tak sabar nak pasang.

Selepas tinted cam li la rupanya.

Yang penting dalam tak nampak. Hehehehe

Tingkap saya berwajah baru.

Dari Luar. Tingkap kecik atas tu tak nak tinted. Nanti gelap pulak rumah. 

CARA PASANG TINTED SENDIRI (DIY)

1. Ukur saiz tingkap
2. Potong ikut saiz tingkap
3. Bersihkan tingkap dari kotoran.
4. Sembur sedikit air /air sabun 
5. Buka lapisan tinted dan tampal dari atas ke bawah.
6. Adjust bagi sama( kalau sengit boleh buka semula dan tampal)
7. Gosok gelembung air/udara.
8. Selesai 

MUDAHKAN. ANDA PUN BOLEH BUAT.

Tinted ni ada 2 jenis. 
- Gam
-Guna Air

Jangan salah beli. Kalau guna gam leceh nanti kalau nak buka.

SELAMAT MENCUBA








No comments:

U KLIK ME, I KLIK U